Rabu, 29 Februari 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO & LAGU 5S UNTUK PDKS

Assalammualaikum.............

Kepada semua kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor, anda adalah di pelawa untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan pada 29 Febuari 2012.

Sila rujuk iklan yang telah di tampal di zon masing-masing.


**Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH

Alor Gajah, Jun 2011 - Satu lawatan sambil belajar telah diadakan di Pejabat Daerah Alor Gajah, Melaka. Rombongan telah disertai oleh wakil bagi setiap zon dan jawatankuasa yang telah dilantik. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan dan juga panduan kepada semua.

 
Peserta lawatan bergambar kenangan di lobi Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah



 
Sesi taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat PDTAG, oleh wakil dari PDTAG







Khamis, 16 Februari 2012

MAJLIS PELANCARAN AMALAN PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI (5S)

Majlis Pelancaran Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S) telah di sempurnakan.






LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor - Mei 2011, Satu lawatan sambil belajar telah berjaya dilaksanakan, kali ini destinasi yang dipilih adalah "Jiran" rapat kepada PDKS iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor. Rombongan telah disertai oleh wakil bagi setiap zon dan jawatankuasa yang telah dilantik. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan dan juga panduan kepada semua.
















Rabu, 15 Februari 2012

AKTIVITI GOTONG - ROYONG PERDANA

Sebelum bermulanya majlis pelancaran Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S). Satu acara aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan.















MAKSUD SINGKATAN 5S


5S merupakan rujukan kepada satu konsep pengurusan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud:
  • Seiri (整理): kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif.
  • Seiton (整頓): keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
  • Seiso (清掃): kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya.
  • Seiketsu (清潔): piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja.
  • Shitsuke (躾): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari.

Selasa, 14 Februari 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MBSA

Kuala Selangor - April 2011, Satu lawatan sambil belajar telah berjaya dilaksanakan, destinasi yang dipilih sebagai langkah permulaan adalah di Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Kewangan. Rombongan telah disertai oleh wakil bagi setiap zon dan jawatankuasa yang telah dilantik. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan dan juga panduan kepada semua.